Anemia atau kurang darah juga merupakan satu masalah penyakit terutama
di kalangan ibu hamil. Gejala ini sangat mudah dikesan berdasarkan
fizikal ibu sendiri. Antara yang mudah dikesan iaitu warna kelopak mata
yang pucat, kerap berasa letih dan sukar fokus pada sesuatu.Bagaimanapun sekiranya gejala anemia semakin teruk, ia akan diikuti dengan gejala rambut gugur, nafas pendek, kuku cekung seperti sudu, sukar menelan sehingga kepekaan terhadap jangkitan meningkat.
Jika doktor mengesan gejala ini di kalangan ibu hamil, mereka disarankan membuat pemeriksaan hb melalui ujian darah. Apabila kadar hemoglobin kurang daripada 11g/dl, doktor biasanya menyarankan pemeriksaan darah lanjutan termasuk siasatan kemungkinan ada penyakit lain yang mungkin menjadi penyebab.
Ini bagi memudahkan doktor menyesuaikan jenis rawatan dan faktor terjadinya anemia kepada ibu tersebut.
*Apabila anemia berlaku akibat kekurangan protein, ibu perlu meningkatkan pengambilan makanan yang mengandungi protein seperti telur, ikan, daging, ayam, makanan laut dan susu.
*Apabila anemia berlaku akibat kekurangan asid folat atau zat besi, maka pemberian suplemen perlu dilakukan dengan pengawasan daripada doktor anda. Keperluan harian zat besi dan asid folat ketika hamil meningkat dua kali ganda berbanding sebelum hamil. Oleh itu doktor menyarankan keperluan itu dipenuhi dengan pemakanan atau suplemen.
Jika pemberian suplemen masih tidak mampu memenuhi keperluan zat yang berkurangan, maka rawatan memberi zat besi atau asid folat intravena atau tranfusi perlu dilakukan dengan pengawasan ketat daripada doktor sakit puan anda.
Sumber info
Suplemen yang disarankan untuk ibu hamil bagi mengatasi masalah anemia ini ialah VitaLea Iron Formula Shaklee (Multivitamin).
Untuk order & pertanyaan, sila hubungi :-
♡ Sabrina (SID: 931233)
♡ WA | WC | SMS 012-665 4919
♡ FB Page: Healthy Beauty 2U

No comments:
Post a Comment